topbella

Tuesday, January 25, 2011

Anorexia.

Ok.Entri kali ni berkaitan dengan prektikel lagi.Carik tempat intern ni,x jauh lari la lebih kurang macam nak carik jodoh.Kadang2 gigih la carik merata dari hulu sampai la ke hilir.Konon konon thrill la tu kan.Alih alih yang reply,yg sipi2 je.Yang kalau kau kentut pun,k0mfem bau punye lah.

Lagi satu,tempat yang kau harap sangat dapat,alih alih yang datang yg like like je la.Memang la betul x perlu sangat nak memilih.Tapi bhai,lu pikir la sendiri.Agak agak kalau dapat kat KL,keje 24/7 jadi kuli batak photostat buat air lap tingkap sapu sampah cabut bulu ketiak bos dsb,tapi elaun empat lima rat je.Ape kau nak hadap biskut meri dengan air suam je tiap hari?

Ha lagi satu!Sebelum ni pun,banyak kali da aku dengar email kene formal.formal ye.formal.Dah aku ni pulak memang seorang yang tak berapa nak formal,so aku rase rules tu hanyelah bushit semata mata.Kalau da rezki tu,rezeki la jugak.Ye dak?

Tapi,org kate.Masuk kandang kambing mengembek.Masuk kandang harimau,semoga berjaya la kau.haha.So,dengan gigihnya aku pun buat la satu email baru.Maybe betul la kot ape yg dorang cakap tu.Takpe,usaha jeh.Dapat tak dapat,lain citer.

Dari email gonjeng ala ala sweet sweet manja auww auww,aku pun tukar la kepada email yg nampak lebih senonoh,hensem,skema,dan maveles.Dan aku rasa macam lebih berguna kepada negara selepas tukar email baru ni.wahahaha.

So,sekarang ni berbekalkan email yang baru,aku harap dapat la lekat kat mane mane.Kot kot la kalau dapat kat Karangkraf ke,ok jugak.Boleh try test jadi model majalah Nur yg kontemporari muslimah tu ke,majalah Remaja yg kalau kucing mati pun nak cter,takpun RAPI yg direct model dia stok stok anorexia je tu.Err...


Mungkinkah?

Sunday, January 23, 2011

Khurafat.

Ok.Satu badan terasa macam nak pegi tengok citer Khurafat tu.Ramai sangat yang kate best la,terkejut terkejut la,seram sangat dan sebagainya.


Jadi,sebagai seorang peminat cerita seram yang tegar,ini boleh bikin aku menggigil satu badan selagi tak dapat tengok cerita tu.Aigooo aigooo.

Dah seminggu gigil da ni.Boleh bawak ke parkinson da ni.Ini boleh batal ni!Takpe,sebagai seorang rocker sejati,aku kene berlagak cool.cool bebeh.cool.

Ha,lagi satukan.Aku ni jenis yang determine sket tau.Kalau aku nak sesuatu tu,pasti akan usaha selagi mampu untuk dapatkan.Dan,segala aktiviti2 harian aku akan asek teringat je kat bende yang aku hajatkan tu.Tak caye?


Khurafattt.Fattt.Fattt.


Oh ya!Esok final TNC Cup.Do the best guys!Team batch aku da kalah.Tapi takpe,oleh sebab aku ni menjaga mata,zuhud serta menundukkan pandangan,aku tak dapat bersama untuk tengok match esok.*ecece,padahal nak layan tido kan*.haha.Gud lak korang!

Saturday, January 22, 2011

Moga syurga buat kalian.

Buat sekalian tukang.

Tukang hulur duit bile sengkek.
Tukang jage time sakit.
Tukang teman time gua jatuh.
Tukang nasihat time gua lemau.
Tukang tibai gua time gua sengal sengal.
Tukang sumbat cili ke mulut gua time gua celupar.
Tukang tampar gua time gua malas gosok gigi.
Tukang sekeh gua time gua kuat tidor.
Tukang lap ludah orang time gua kene caci.
Tukang hadap segala tohmahan keji maki manusia kat gua.

Ini utk kalian.
Terima kasih atas segalanya.
Kerna kau lah teman paling sempurna.

Dedikasi khas buat sekalian tukang tukang di sisi selama ini.
Tukang tukang terdiri dari:

-Tadika Seri Delima.1995
-Sek Keb Sungai Sekamat.1996-2001
-Sek Rendah Agama Sungai Sekamat.1996-2001.
-SAAS.2002.
-Sek Men Keb Engku Husain.2002-2004.
-MRSM Muar.2005-2006.
-Uniten.2006-2011.





martabat wanita.

Rawat hatinya
Beri dia cinta
Jangan sekali-kali kau sakiti dia
Kerna hatinya mudah kecewa
Oleh cinta yang penuh berpura-pura

Duhai Arjuna
Sayangi dia
Kerna wanita dicipta untuk dicinta
Jangan cemarkan harga dirinya
Kerna dia juga masih punya cita

Dalam dirinya penuh airmata
Jagalah ia dengan sepenuh jiwa
Jangan pernah kau dustai dia
Wahai arjuna sedarilah
Kerna wanita berhak untuk bahagia
Bukan dicipta untuk selalu derita
Sayangi dia cintakan dia
Kerna wanita....Istimewa





Boleh refer kat link ni: http://www.youtube.com/watch?v=yls8BOpXgck

Duhai lelaki,
Ingat,tatkala sial mahupun palat yang ko palitkan pada wanita lain.
Kau juga punya adik perempuan,bonda,sepupu,kakak,dan segala apa berjantina sama.
Mahukah mereka terima tahi dan najis yang sama?
Tahi dan najis yang kau pernah palitkan pada perempuan dulu?
Mahu?Mahu?Mahu?

Friday, January 21, 2011

hajat.harap jadi kenyataan.

Salam.

Semalam krew Ilmiah menganjurkan solat hajat.Aku tak pasti atas sebab apa.Tapi,dari sumber2 yang boleh dipercayai sebab lately ni makin ramai yang kena 'kacau'.Biasalah,dah nama lagi duduk kat hulu-hutan-bandar cowboy-ceruk,memang tak dapat lari lah dari bende2 macam tu kan.

Dipendekkan cerita,bacaan ustaz yang imamkan kitorang tu sangat sedappp hokey.Memang kalah la sume vokal terbaik bagai dalam AJL aritu.Siyes sumpah sangat sedapppp hokeyy.Sedap yang macam ko rase sedapp la.Aisyh,tak reti la nak cakap macam maner tahap kesedapan die tu kan.

Usai solat,aku pun borak la dengan member.Risik risik pasal ustaz tu.Die rupenyer suami kepada salah seorang lecturer aku kat sini.Oh tidakkkk!!!haha.

Then,aku dapat bayangkan.Alangkah nikmatnya dapat bersuamikan insan yang boleh mengimamkan kite kan.Indah.Nikmat yang tak terucap dengan kata kata.Sungguh.

Dalam hidup ni,senang jer nak carik laki yang boleh bagi kau bunga,coklat,teddy bear,henfon,purse,ucapan sayang good morning nyte miss you love you wanna hug you xoxoxoxo mwah mwah bagai.Bersepah kat tepi jalan tu.Siyes,bersepah.Tapi,susah nak carik laki yang boleh bagi kau kepimpinan dan 'makanan dalaman' sebagai bekalan hari mendatang.Padahal,material awalan yang aku sebut tadi tu,bukan boleh di bawak ke mana sangat pun.

*Okay,aku sedikit pesimis tentang hal hal begini.Its fine though.*

P/S:Semua perempuan pasti mengimpikan insan yang boleh membimbing mereka dunia dan akhirat.Kan?

Friday, January 14, 2011

gelabah.

ok,ak memang seorang yang sangat cepat gelabah.itu pasti.sampai angah aku penah labelkan aku ni sebagai gelabah biawak.ntah dari mane die dapat idea terjal tu pun,aku xtau.

dan sekarang,aku sangat gelabah sebab x dapat lagi tempat prektikel.ntahla,rase down.down.dan down lagi.tapi tadi kol nut,die cakp 'rilek la.taiko2 memang biase dpt lambat2 ni'.ok,tu aku boleh terima.haha.

padahal skang baru bulan 1.aku nak prektikel bln 4 kot.xpela.sabar je la menanti.dan terus menanti.

ok,sekarang baru tau yg penantian itu satu penyiksaan.sangat,hokeyyyyy.

Wednesday, January 12, 2011

kosong.

Tuhan,jika ini ujian dari Mu,aku terima. Titipkanlah jua secebis kekuatan dan keberanian. Kerna aku lapar ketenangan dalam kesempitan. Dan aku dahaga ketahanan dalam kepayahan. Terima kasih Tuhan.

Monday, January 10, 2011

stuck.

'Ya Allah, should I pray to you in order to receive your Jannah, then send me to the deepest depth of hell'-Rabiatul Adawiyah.

Sunday, January 9, 2011

parah.

hye kawan kawan sume.kite nak cakap ni,kite kan risau sangat2 tau.sebab apa kan,sebab kan sebab kite tak dapat lagi tempat prektikel utk next sem tau.

*uwaaaa*
nangis 8 baldi.

*suara hati*
haa.macam mana la kau nak dapat senah oiii.apply nye pun bape kerat.deyyy deyyy deyyyy.kang aku cepuk kang,sia sia je.

*bukan suara hati lagi da*
ok,jadi untuk lepaskan geram yang teramat sangat,nak dekat 20 company aku apply arini.gigih sungguh.sebab cuak la seyh selagi tak dapat confirmation.rase macam dub dab dub dab jantung tu.ewah eh eh.

p/s:sudah penat.lama sangat depan laptop.mata pun da tak lepas dari pandang katil.wehuuuuu~

Friday, January 7, 2011

Penghargaan dari seorang teman.

Ini adalah sebahagian komen2 member terhadap aku.Ala,yg kat fb yg kite PM dorang nombor kegemaran kita,dan dorang akan describe kite ni mcm mane.Ha,yg tu la.Sumpah,terharu sangat2.Thanx korang!

From Farah Nasiha.My soul mate ever.Ex classmate time kat MRSM Muar dulu.

'kurus, tinggi, putih, exotic, unique are words best describe this person right now. (sila bayangkan model) ;P very smart, petah berkata2, very responsible, a good leader, outgoing and tersangatlah funny. sangat manja juga! (anak bongsu lah katekan). my very good friend, mentor, sister and gossip partner. love u miss u and im sure u'll also do great in future'

From Ummul Mardiah Elias.Member kat MRSM muar jugak.Cantik orgnye tau.slurpppp.haha.

'aku kenal dia sebab dia suke sgt skip prep malam.. nyorok dlm loker ag..< eh..die ke geng die..?>selalu bagi nasihat.. matang pemikiran n leadership die sgt mantap...suke la kwn ngan die . frenz 4eva.'

Thanx sahabat.
:)

Tuesday, January 4, 2011

model.....ke?

Aha.hye kwn2.aritu,gua berkesempatan jadi model kecil kecilan utk tolong2 member.k.olyn name die.cantik menawan gojes tapi pendek.haha.Dia ni memang minat meniaga la.Macam2 die jual. Dari tudung,baju kurung,shawls,inner,jeans waima jins samsudinn pun,sume die sapu.Hebat tak die?hehe.

Gua salute giler ng member gua ni.Kecik je puun orgnye,tapi gigih la meniaga sana sini.Ini bikin gua semangat utk turut kencang meniaga jugak.Siyes bhai,macam seronok pulak ikut member gua ni ke hulu ke hilir.Ye la,nak post barang 1 hal,ulang alik umah amek stok baru,g wisma tengok order sampai ke belum,gigih la balas sume email2 customer,tu belum bab customer yg order 18 lori,alih2 lari.Kalau la aku dapat customer mcm tu,memang ak kokak kokak muke die tau.Padan muke.ehe.

Erm,nak cter sket sesi photoshoot aritu.Neves die,x yah cakap la.Tahap gigih punye neves tau.Yela,1st time kan.Tapi,da lame2 tu,ok la.Maybe sebab darah modelling ni da memang sedia ada kot.Tu yang kejap je da capai level Tyra Banks tu.kekeke.

So,cakap banyak pun tarak guna,lets check it out yaw!!!


cari makan 1.


cari makan 2.




cari makan 3.


Ok,agak pelik sket gambar2 aksi berani mati aku kali ni.Yela,x penah kena make up,tetibe kena make up,terus rase mcm malam pertama tau.debarrr weh debarrrrr.tetttt!haha.Btw,thanx to Kak Farah a.k.a tukang make up utk malam tu.Gua terasa sangat ayu malam tu.speechless.auwww.auwww.haha.


ok,pada sesape yg berminat tu,boleh la g kat link ni eh:
http://sweet7ariana.blogspot.com/
heppy shopping dear.
:)

Monday, January 3, 2011

ye.engkau hebat.

Tatkala ada yang memijak dan menghenyak kau dengan caci maki dan keji.
Seolah olah dialah wali yang tidak pernah membuat tahi.
Maka,bersabarlah.
Dan teruskan bersabar.
Biarlah sang luncai dengan labunya.
:)

Sunday, January 2, 2011

victoria beckham Malaysia.

Khairul Fahmi Che Mat.
pergh,1 nama yg cukup meletup letup skang ni after Malaysia menang final bola lawan ng Indon aritu.Aku yg x minat sgt bola ni pun,TETIBE je boleh terlayan bola mlm tu.TER ok,bukan sengaje pun.haha.

Time ak layan game tu,mata ak tertancap pd 1 mamat ni.bukan sebab die ensem sangat pun,tp sebab die terel la jadi goal keeper tu kan.Usha punye usha,stalk pune stalk,baru ak tau nama die Khairul Fahmi (KF) ,dr Kelantan.Memang skill die mantap abes la bhai.Siyesli.

Dipendekkan cter,ak pun jadi la fan die kat fb.tup tup,terlink kat page makwe beliau.Ak pun gigih la pegi bace blog makwe die tu.Cantik,memang cantik.Dlam blog tu,penuhla pasal segala macam hal ehwal rumahtangga perhubungan mereka.


Jiran sebelah rumah gua.

Segala macam bende diceritakan.Dari kisah2 perkenalan,suka duka mengharungi badai ombak ribut taufan tsunami bersama dan semuanya lah.Ak faham,gelodak jiwa remaja.Darah masih muda kan.Cuma nasihat aku,biarlah bersederhana.Sebab dlm hidup ni,sumenye penuh dgn ketidak pastian.Contoh2 ketidakpastian dalam idup ni: kalau pun da kawen 40 taun sekalipun,belum pasti ko xkan diceraikan.Kalau pun ko beriye iye keje 24/7 , belum pasti ko akan kaye.Kalu pun ko cantik lawa jelita lagi gojes sekalipun,itu bukan jaminan utk ko dapat suami org kecuali Fasha Sandha.haha.

Senang cter,point ak adalah,bile kapel ni,sumenye indah.Sumenye wangi.Bak kate pepatah,tahi pun rase coklat kan?Cili pun rase dunkin donutt tau.haha.

Sekali lagi,ak ingatkan yg bace blog ni (kalau la ader kan) dan diri ak sendiri,supaya sentiasalah bersederhana.Ak jugak harap sgt2,andai kata kalau satu hari nnt,aku juga diuji dgn ujian yg sama,akan ada insan2 yg sudi utk bangunkan ak dr tidur.Utk sedarkan ak,dan senang cter,sound je la ak nnt eh.Kalau agak2 da penat sound2 tu,sepak je la terus.Setel.

*again lg sekali,point ak bukan utk memalukan sesape.ak tahu ramai lg yg mcm ni.sama samalah kita ingat mengingati antara 1 sama lain.ye dak?

p/s:Kita hanya merancang,Tuhan yg menentukan.Dan oleh sebab kita hanyalah sekadar seorang perancang,rancanglah dgn sebaik mungkin selagi diberi kesempatan utk merancang.
:)

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile