topbella

Thursday, March 24, 2011

Ayah.

BIAR-Fynn Jamal

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti





*****

Terima kasih ayah.
Kau jadikan aku aku.
Atas marahmu,atas ajaranmu,atas kasih dan sayangmu.
Walau untuk sedetik cuma.

Kerna Tuhan lebih kasih.
Kerna Tuhan lebih tahu segalanya.
Dan kerna itu,
Aku gagah hadap tahan tempuh kehidupan yang celaka ini.
Hingga kini.

Cukup.
Aku yakin pasti dan percaya.
Kita akan berjumpa di 'sana' nanti.
Itu janji yang pasti.

*****

Monday, March 21, 2011

Orang Kecil.

Assalamualaikum.

Sejak dari dulu lagi,aku suka benda2 seni ni.Lama lama,minat aku beralih pada penulisan kreatif.Sebab bagi aku kan, bukan semua orang boleh faham ape yang kau rasa.Kadang kadang,agak agak orang yg kite hangin satu badan tu memang kaki pukul ke,atau bonzer termahal kat KL ke , atau paling lekeh pembunuh upahan Rosmah kan,so kau memang tak boleh nak buat ape la.Jadi,cara terbaik luah melalui penulisan.Kan?

Ramai sebenarnye penulis yang aku admire.
Faisal Tehrani,Firdaus Ahmad,Pipiyapong,Fynn Jamal,n Wani Ardy.
Tu yang aku ingat la.Sebenarnye banyak lagi.Tapi malas nak pk.haha.
Sebab bagi aku , karya dorang ni agak boleh pergi la dgn diri aku.
So,skang ni aku nak share 1 lagu yg aku tengah ulang2 banyak kali.
Oleh sebab aku x reti main gitar kan,so haruslah aku rewind byk2 kali jer.


Lagu ni bagi aku best la.
Lirik sempoi,tapi meresap dalam sanubari aku.
Agak agak aku tengah down,lagu ni upkan aku.
Agak agak jiwa kacau,lagu ni tenangkan.
Agak agak nak carik gaduh dgn makgad yg keje asek asek nak saman sebab aku x suke pakai helmet,lagu ni jugaklah yg tolong redakan.
Ecececece.
Siyes bhai.
Seni ni subjektif.
Mungkin bagi kau benda tu WOW!!!!
Tapi,bagi org lain WHAT da TETTTT???
Ha..kau faham x eh?
Camtulah.


Aha!.
Kalau lu baca ni,PLIZZZZZ mainkan utk gua,hokeyyyyy?
Dari lu main lagu Hanyut la,Pelita la kan.
Cube try lagu ni tau.
haha.

Ok,bawah ni lirik ng video die.
Selamat mendengar kawan kawan.
:)


Orang Kecil - Wani Ardy.

Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil


Simptom.

Assalamualaikum.

Hari ini Isnin.Esok Selasa.Then,Rabu.
Eh,senang citer,nak bgtau dis week Final Exam.
Final tahu Final?
Debar ohoiiiii hanya Tuhan je la yg tahu.

Simptom2 biasa sprti kaki menggeletar,
Mulut terkumat kamit,
Eye bags penuh 2 2 belah mata,
Peluh membasahi celah2 keti,
Dan..yg plg penting,
time ni lah kedai fotostat menjana pendapatan yg lumayan sekali.
haha.

Ok.
Sebenarnya just nak cakap,
Selamat Menjawab Peperiksaan buat semua!
N personally bagi aku,
Ni exam yg terakhir aku kat sini since ni final sem aku.
Moga kali ni yg terbaik bukan shj utk aku,malah utk semua.
InsyaAllah!

Sunday, March 20, 2011

Rahsia.

Dear SZM,

"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart."

Not much to say,thank you soo much.
You know who you are.
(:

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile