topbella

Thursday, June 21, 2012

Mengalah.

Kadang kadang, Kau memang perlukan manusia manusia bangsat untuk turut wujud dalam celahan hidup kau. Manusia pendengki. Manusia tikam belakang. Manusia lupa diri. Manusia kaki maki Manusia kaki busy body. Manusia perampas laki/bini. Manusia manusia jenis ini yang sebenarnya buatkan kau lebih kuat. Buatkan kau lebih kenal dengan Tuhan. Buatkan kau lebih kenal diri sendiri. Tapi ingat, Sejauh mana juga kau boleh bertahan kalau acap kali 'dijentik' sketsa hidup yang sama? Dalam melakar kehidupan yang lebih baik , Manusia manusia ini bertaburan mencari mangsa. Kalau tak hari ini, mungkin esok lusa. Cuma satu. Atas ketetapan yang telah ataupun bakal terjadi, SABAR itu kunci segalanya. Datanglah manusia sedengki-sebusuk-bangkai-babi sekalipun, Kau pasti MENANG. Itu janji Tuhan , bukan? Maka, Bersabarlah dan terus bersabar. Haruslah jalan itu pahit , sayang. Kerna janji Tuhan itu tersangatlah manis. p/s: Kalau kau mahu sangat , ambillah. Aku mengalah. Cuma satu , Berjanjilah, Jangan wujud lagi dalam hidup aku. :)

Tuesday, January 31, 2012

Random.

Salam.

Hari ini,tepat 31 Januari 2011 - pukul 6.21 a.m pagi jam di lappy,
Aku deactivate fb aku.
Tak pasti untuk selamanya , atau sementara mungkin.

Tapi apa yang pasti,
Kadangkala fb ni meragut keamanan jiwa aku.
Dengan notification pelbagai , yang kadang kadang memang tiada kaitan dengan aku.
Dengan status manusia sejagat bila aku baca, rasa nak lempang lempang.
Mak nyampah,noks.

*****

Macam ni lah.
Makin menginjak usia sekarang ini,
Aku inginkan ketenangan.
Tanak gaduh gaduh.
Tanak fikir dah benda benda kecik.
Ada banyak lagi yang perlu aku tunaikan.
Yang perlu aku langsaikan.

Lately ni jugak,
Aku cuba baiki hubungan dengan Tuhan.
Dah banyak sangat aku lari ni.
Dah jauuuh jugak aku pergi.


Nak jadi 'bersih'.
Bersih hati.
Bersih fikiran.
Bersih zahir.
Bersih batin.
Bersih semuanya.

*****

Sunday, January 15, 2012

Refleksi kebencian.

Aku ada satu masalah.
Aku amat rasa tak puas hati dan tak senang hati dengan gelagat Kak Kiah Propa dari Galaksi.
Sebab bagi aku, cara dia gelak , cara dia mengacarakan program , gerak geri dan setiap tingkah laku beliau amat amatlah mendatangkan kejengkelan di hati dan mata aku.
Sakit hati dan meluat sangat.

Tapi satu ,
Kadang kadang aku terfikir ,
Sejauh manakah aku benar benar yakin yang perangai Kak Kiah Propa itu tak ada dalam diri aku?
Jauh mana?

Gelak kuat2?
Ye,aku.

Gosip sana sini?
Ye,aku.

Menjengkelkan?
Ye,mungkin juga aku.

Diam.
Sentap.

Kita manusia,memang.
Ada hak menilai , punya hak mencinta mahupun membenci.
Tapi sejauh manakah kebencian yang kau zahirkan itu tidak langsung wujud dalam diri kau?

Ada akal,fikir.
Ada mata,pandang.
Ada mulut , kira aku - diam ada baik tempatnya.

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile