topbella

Thursday, June 21, 2012

Mengalah.

Kadang kadang, Kau memang perlukan manusia manusia bangsat untuk turut wujud dalam celahan hidup kau. Manusia pendengki. Manusia tikam belakang. Manusia lupa diri. Manusia kaki maki Manusia kaki busy body. Manusia perampas laki/bini. Manusia manusia jenis ini yang sebenarnya buatkan kau lebih kuat. Buatkan kau lebih kenal dengan Tuhan. Buatkan kau lebih kenal diri sendiri. Tapi ingat, Sejauh mana juga kau boleh bertahan kalau acap kali 'dijentik' sketsa hidup yang sama? Dalam melakar kehidupan yang lebih baik , Manusia manusia ini bertaburan mencari mangsa. Kalau tak hari ini, mungkin esok lusa. Cuma satu. Atas ketetapan yang telah ataupun bakal terjadi, SABAR itu kunci segalanya. Datanglah manusia sedengki-sebusuk-bangkai-babi sekalipun, Kau pasti MENANG. Itu janji Tuhan , bukan? Maka, Bersabarlah dan terus bersabar. Haruslah jalan itu pahit , sayang. Kerna janji Tuhan itu tersangatlah manis. p/s: Kalau kau mahu sangat , ambillah. Aku mengalah. Cuma satu , Berjanjilah, Jangan wujud lagi dalam hidup aku. :)

Tuesday, January 31, 2012

Random.

Salam.

Hari ini,tepat 31 Januari 2011 - pukul 6.21 a.m pagi jam di lappy,
Aku deactivate fb aku.
Tak pasti untuk selamanya , atau sementara mungkin.

Tapi apa yang pasti,
Kadangkala fb ni meragut keamanan jiwa aku.
Dengan notification pelbagai , yang kadang kadang memang tiada kaitan dengan aku.
Dengan status manusia sejagat bila aku baca, rasa nak lempang lempang.
Mak nyampah,noks.

*****

Macam ni lah.
Makin menginjak usia sekarang ini,
Aku inginkan ketenangan.
Tanak gaduh gaduh.
Tanak fikir dah benda benda kecik.
Ada banyak lagi yang perlu aku tunaikan.
Yang perlu aku langsaikan.

Lately ni jugak,
Aku cuba baiki hubungan dengan Tuhan.
Dah banyak sangat aku lari ni.
Dah jauuuh jugak aku pergi.


Nak jadi 'bersih'.
Bersih hati.
Bersih fikiran.
Bersih zahir.
Bersih batin.
Bersih semuanya.

*****

Sunday, January 15, 2012

Refleksi kebencian.

Aku ada satu masalah.
Aku amat rasa tak puas hati dan tak senang hati dengan gelagat Kak Kiah Propa dari Galaksi.
Sebab bagi aku, cara dia gelak , cara dia mengacarakan program , gerak geri dan setiap tingkah laku beliau amat amatlah mendatangkan kejengkelan di hati dan mata aku.
Sakit hati dan meluat sangat.

Tapi satu ,
Kadang kadang aku terfikir ,
Sejauh manakah aku benar benar yakin yang perangai Kak Kiah Propa itu tak ada dalam diri aku?
Jauh mana?

Gelak kuat2?
Ye,aku.

Gosip sana sini?
Ye,aku.

Menjengkelkan?
Ye,mungkin juga aku.

Diam.
Sentap.

Kita manusia,memang.
Ada hak menilai , punya hak mencinta mahupun membenci.
Tapi sejauh manakah kebencian yang kau zahirkan itu tidak langsung wujud dalam diri kau?

Ada akal,fikir.
Ada mata,pandang.
Ada mulut , kira aku - diam ada baik tempatnya.

Thursday, November 17, 2011

Isi.

*****

Faezah,untuk projek baru yang x ada dalam senarai CAPEX 2012 kena dapatkan approval BOD dulu sblm buat budget transfer.

Yo!Ni kak Lin yg comel tu.Yg berjiran dgn Faezah.Haha.

Jgn pening , dik.InsyaALLAH nanti kite jumpe.boleh share knowledge.Semoga Allah permudahkan semua urusan kite ye.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.;)



*****


Cuma satu.

Untuk kau.
Moga diberikan 'isi' secepat mungkin.
Buat penghias kesunyian
Setelah diuji 7 tahun lamanya.

Amin.

Sunday, November 13, 2011

Telanjang.

Amaran keras:
Buat pembaca yang mengenali atau tidak mengenali diri aku ,
Aku pinta kalian kosongkan pemikiran.
Buat buat tak kenal aku tau.
Baca dan nilai dengan sewajarnya , sama ada untuk dihadam cerna atau diludah pijak.

*****

Kadang kadang aku terfikir ,
Menjadi perempuan itu sebenarnya mencabar lah.
Jangan kau salah tafsirkan mencabar ini.
Nilai dengan dewasa , aku pinta.
Kang aku cepuk jugak kang.
*emo*


Harus berhati hati agar tak digelar gatal nak cari laki.
Setiap 'inci' perlu dijaga rapi dan dikemas kini.
Gelak kuat sikit , dijeling sipi.
Terzahir lebih sikit , kau dilabel 'eleh,nak cari publisiti la tewwww'.
Bila lain je sket,mulalah ade je yang berbunyi.


Sabar.
Kenal dulu betul betul.
Jangan main henjut je nak menghukum.


Betul weh.
Semakin banyak perkara yang aku hadap kan,kadang kadang aku rasa ,
Dalam sesetengah perkara ,
Orang orang kita ni suka sangat untuk menghukum.
Senang giler nak judge atas belakang ,kiri kanan orang.
Melabel sana sini.
Kita bukan Tuhan.


Kadang kadang , yang kita nampak tu, bukan yang sebenarnya.
Yang terzahir tu , belum tentu sama dengan yang batinnya.
Beri sedikit ruang dan peluang untuk orang lain bernafas.
Untuk perbetulkan diri.
Takde orang sempurna atas dunia ni.
Memang bagus , untuk saling ingat mengingati.
Tapi,dengan cara yang betul lah.
Kan?


Nasihat ni pun untuk diri aku jugak.
Aku kena realise yang tak semua orang suka kita,sembah kita.
Adat lah tu.
Bak kata Kak Rock dalam Galaxy:
JAGA JAGA..ADA YANG MEMERHATI!!!!


p.s:Kadang kadang , bila kita asyik sangat cakap pasal orang , kita sebenarnya terlupa sama ada kita berbaju atau bertelanjang.
;)

Tajuk : Cacar yang marba.

Alhamdulillah.

Itu yang aku rasakan detik dan saat ini.
Syukur atas segala nikmat yang telah,masih dan akan diberi.
Banyak sangat yang aku dah dapat selama ni aku rasa.
Segan.

September 2011.
Sudah tiga bulan menginjak ke fasa yang baru (bekerja) , makin banyak perkara baru yang ditempuh setiap hari.
Makin jua mendekatkan aku kepada Pencipta , moga moga.

Atas keterbatasan waktu yang ada,
Atau mungkin , aku yang kurang cermat mengurus masa,
Terlampau banyak perkara yang terjadi , tidak dapat dinukilkan di sini.
Lama sudah tidak aku menulis.
Menulis bagi aku satu terapi.
Selain dari bershopping sudah pastinya.
Perempuan,itulah lumrah semulajadi kami.
;)

Sebenarnya,tiada perkara khusus atau mungkin terlalu banyak benda yang nak diceritakan,
Tapi,keinginan untuk menulis dan berkongsi mencanak canak dalam diri,
Akhirnya aku buntu dan kosong untuk menggarapkan apa apa,
Sungguh tak de feel langsung.
Again,boo sama lu la bhai~



Ha,kan dah jadi entah apa apa penulisan aku kali ni.
Omaigod omaigod.

Wednesday, August 10, 2011

Simpan sikit.


Alhamdulillah.
Dah lebih sebulan aku bekerja.Syukur,Tuhan permudahkan perjalanan.
Sungguh,ketetapan Tuhan itu indah.
Tepat pada masa dan ketika Nya.
Berbaik sangkalah pada aturan Nya.


Aku ditugaskan di Utara tanah air.MANJUNG.
Tempat yang tak pernah aku terfikir pun selama ni.
Hidup baru.Suasana baru.Ujian baru.


Adakala,tidak mempunyai pilihan juga merupakan satu pilihan.
Akur.Diam.Hadap.



Macam macam orang aku jumpa.
Yang ambil kesempatan selagi boleh, ade.
Berkira wang ringgit , 'ketuk' selagi boleh.
Rapat cuma untuk kepentingan dan kesenangan diri kau,itu biasa.
Dekat untuk 'kaut' apa yang ada dekat kau,itu pun biasa.


Yang kaki lepak 24 jam-hisap rokok-goyang kaki-macam kompeni ni bapak die punye pun ade,
Yang kaki menular rehat sejam jadi 3 4 jam pun ade,
Yang curik curik beli air time Ramadhan lepas tu buat muka tak bersalah konon macho macam haram pun ade.


Manusia,simpan sikit.
Jangan tunjuk semua.
Ingat.
'Atas' itu ada.
Sentiasa ada.





wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile