topbella

Sunday, February 20, 2011

Rasa.

Assalamualaikum.

Kalaulah hidup ini boleh bergantung harap hanya dengan ungkapan sakti 'kalau',
Sudah pasti aku yang maha teruja-raja-gila dalam mengejar realiti itu.
Kalaulah aku kaya,kalaulah aku pandai,kalaulah aku sempurna,kalaulah itu kalaulah ini.

Tapi,di sinilah indahnya hidup.
Kerna ungkapan kalau itu terlalu jauh untuk kau,aku,dia,dan kita semua gapai atas hasutan untuk terlalu mengejar kesempurnaan yang tak sudah sudah.

Di saat kita perlu sujud pada satu kuasa yang tiada tolok bandingnya.
Kerna hidup bukan bertuhankan kalau dan berkiblatkan kesempurnaan.


*syukur*

Monday, February 14, 2011

valentine day haram wehhhh!

Assalamualaikum.

Korang,jangan sambut valentine day wehhh.benda alah tu haram bebeh.Nak nak lagi esok adalah Maulidur Rasul.Cukup cukup la dengan segala dosa yang da dikumpul dengan jayanya selama ni.Dosa ringan ringan,bagi gambar free hair,mesej2 keterluan dsb.Jangan la tambah lagi hokeyyy.

Say no to Valentine!!!
Say yeahhhh to Maulidur Rasul.
:)

Friday, February 11, 2011

apabila seorang LOSER berbicara.

Assalamualaikum.

Kita perlu.
Buka mata,hati dan minda.
Tunduk patuh akur sujud pada suatu hakikat yang nyata dan pasti.
Tapi,kadangkala kita kecundang di suatu pernah.
Butakan hati.Butakan jiwa.Butakan segala apa yang kita ada.
Kerna kita bukan wali yang sempurna semua segi.
Bukan.Belum.Dan mungkin tidak akan langsung.
Terlampau tinggi darjat untuk disempurnakan hingga ke titik itu.


*loser*

Saturday, February 5, 2011

Bukan hak aku.

Asssalamualaikum.

5 Februari 2011.

Susah nak gambarkan perasaan yang terbuku di hati tika dan detik ini.
Bukan sebab esok terpaksa balik Muadzam sebab cuti mid sem da abes.
Perasaan itu tidak sehebat gelora di hati saat ini.
Tapi,sebab hari ni kakak aku telah dilamar oleh seorang mamat/jejaka/lelaki perkasa untuk dijadikan bakal isteri atau untuk lebih islamiknya,bakal zaujah beliau.

*diam*

Kakak beritahu berita tu dalam perjalanan ke Bangi.
Dia drive kete.Mak duduk kat depan.
Aku placing baekkk punye kat belakang.
Bajet baru nak layan tido qada' tido semalam.
Tapi...
Kakak bawak masuk cerita yang perlukan perhatian aku kira.
Saat kakak berbicara,aku diam seribu bahasa.
Siyes,satu keajaiban yang maha besar kalau aku diam.
Sungguh.

*diam*

Entahlah.
Air mata aku gugur saat dengar berita tu.
Bukan sebab aku ade hati kat kakak aku.
Bukan.
Syukur,orientasi seks aku masih lurus.
Dan,aku masih single juga.
*iklan*

Tahun ni,aku da 22 tahun.
Kakak pulak 24 tahun.
Mak pulak 60 tahun.
Mak ada satu kuasa ajaib,seperti ibu ibu lain di dunia ini.
Tapi,pengamatan aku mengatakan mak aku punya adalah yang paling dahsyattttt.
Iaitu radio mulut.fm
Radio mulut.fm mak tak abes abes suruh aku dan kakak aku kawen.
Dan setiap kali radio mak ke udara,
Aku lebih senang untuk mengambil pendekatan berdiam.
Dan terus berdiam.

*2011*

Masuk tahun ni,
Dah 22 tahun aku membesar bersama kakak.
Ye,aku cuma ada seorang kakak.
Time kecik kecik dulu,
Kitorang memang tak sebulu bhai.
Setiap hari bergaduh bergaduh dan terus bergaduh.
Kalaulah time tu bergaduh ni diiktiraf sebagai satu pekerjaan,
Aku yakin kitoranglah pekerja yang akan terima paling banyak gaji based on our performance.

Aku selalu cerita,
Aku dengan kakak sangat sangat berbeza.
Dia cantik,kurus,tapi pendek.
Dia lembut,sedikit lurus,bersifat keibuan yang amat tinggi.
Aku tak cantik jauh sekali untuk kurus.
Aku kasar,tak penah nak lurus,langsung xder sifat keibuan.

Dia adalah pelengkap aku.
Atau dalam bahasa omputih keparat,
She is the other half of me.
Dan...
Perit amat bila kau terpaksa menerima hakikat bahawa sebahagian dari diri kau sudah tidak dapat bersama kau lagi.


*tangis*


Aku menangis bukan kerana jodoh kakak sampai dulu.
Tak,bukan sebab tu.
Ada dua sebab aku menangis.
Satu sebab gembira kakak bakal menamatkan zaman bujang beliau.
Dua sebab sebak aku dah takde tempat untuk bermanja berkongsi cerita suka dan duka.
Tapi,aku cuba paksakan diri untuk memilih sebab yang pertama lebih dari yang kedua.
Kerna,kakak punyai hak nya sendiri dalam kehidupan ini.
Dan siapa aku untuk menidakkan hak itu.

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile