topbella

Tuesday, January 31, 2012

Random.

Salam.

Hari ini,tepat 31 Januari 2011 - pukul 6.21 a.m pagi jam di lappy,
Aku deactivate fb aku.
Tak pasti untuk selamanya , atau sementara mungkin.

Tapi apa yang pasti,
Kadangkala fb ni meragut keamanan jiwa aku.
Dengan notification pelbagai , yang kadang kadang memang tiada kaitan dengan aku.
Dengan status manusia sejagat bila aku baca, rasa nak lempang lempang.
Mak nyampah,noks.

*****

Macam ni lah.
Makin menginjak usia sekarang ini,
Aku inginkan ketenangan.
Tanak gaduh gaduh.
Tanak fikir dah benda benda kecik.
Ada banyak lagi yang perlu aku tunaikan.
Yang perlu aku langsaikan.

Lately ni jugak,
Aku cuba baiki hubungan dengan Tuhan.
Dah banyak sangat aku lari ni.
Dah jauuuh jugak aku pergi.


Nak jadi 'bersih'.
Bersih hati.
Bersih fikiran.
Bersih zahir.
Bersih batin.
Bersih semuanya.

*****

Sunday, January 15, 2012

Refleksi kebencian.

Aku ada satu masalah.
Aku amat rasa tak puas hati dan tak senang hati dengan gelagat Kak Kiah Propa dari Galaksi.
Sebab bagi aku, cara dia gelak , cara dia mengacarakan program , gerak geri dan setiap tingkah laku beliau amat amatlah mendatangkan kejengkelan di hati dan mata aku.
Sakit hati dan meluat sangat.

Tapi satu ,
Kadang kadang aku terfikir ,
Sejauh manakah aku benar benar yakin yang perangai Kak Kiah Propa itu tak ada dalam diri aku?
Jauh mana?

Gelak kuat2?
Ye,aku.

Gosip sana sini?
Ye,aku.

Menjengkelkan?
Ye,mungkin juga aku.

Diam.
Sentap.

Kita manusia,memang.
Ada hak menilai , punya hak mencinta mahupun membenci.
Tapi sejauh manakah kebencian yang kau zahirkan itu tidak langsung wujud dalam diri kau?

Ada akal,fikir.
Ada mata,pandang.
Ada mulut , kira aku - diam ada baik tempatnya.

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile