topbella

Tuesday, January 25, 2011

Anorexia.

Ok.Entri kali ni berkaitan dengan prektikel lagi.Carik tempat intern ni,x jauh lari la lebih kurang macam nak carik jodoh.Kadang2 gigih la carik merata dari hulu sampai la ke hilir.Konon konon thrill la tu kan.Alih alih yang reply,yg sipi2 je.Yang kalau kau kentut pun,k0mfem bau punye lah.

Lagi satu,tempat yang kau harap sangat dapat,alih alih yang datang yg like like je la.Memang la betul x perlu sangat nak memilih.Tapi bhai,lu pikir la sendiri.Agak agak kalau dapat kat KL,keje 24/7 jadi kuli batak photostat buat air lap tingkap sapu sampah cabut bulu ketiak bos dsb,tapi elaun empat lima rat je.Ape kau nak hadap biskut meri dengan air suam je tiap hari?

Ha lagi satu!Sebelum ni pun,banyak kali da aku dengar email kene formal.formal ye.formal.Dah aku ni pulak memang seorang yang tak berapa nak formal,so aku rase rules tu hanyelah bushit semata mata.Kalau da rezki tu,rezeki la jugak.Ye dak?

Tapi,org kate.Masuk kandang kambing mengembek.Masuk kandang harimau,semoga berjaya la kau.haha.So,dengan gigihnya aku pun buat la satu email baru.Maybe betul la kot ape yg dorang cakap tu.Takpe,usaha jeh.Dapat tak dapat,lain citer.

Dari email gonjeng ala ala sweet sweet manja auww auww,aku pun tukar la kepada email yg nampak lebih senonoh,hensem,skema,dan maveles.Dan aku rasa macam lebih berguna kepada negara selepas tukar email baru ni.wahahaha.

So,sekarang ni berbekalkan email yang baru,aku harap dapat la lekat kat mane mane.Kot kot la kalau dapat kat Karangkraf ke,ok jugak.Boleh try test jadi model majalah Nur yg kontemporari muslimah tu ke,majalah Remaja yg kalau kucing mati pun nak cter,takpun RAPI yg direct model dia stok stok anorexia je tu.Err...


Mungkinkah?

Sunday, January 23, 2011

Khurafat.

Ok.Satu badan terasa macam nak pegi tengok citer Khurafat tu.Ramai sangat yang kate best la,terkejut terkejut la,seram sangat dan sebagainya.


Jadi,sebagai seorang peminat cerita seram yang tegar,ini boleh bikin aku menggigil satu badan selagi tak dapat tengok cerita tu.Aigooo aigooo.

Dah seminggu gigil da ni.Boleh bawak ke parkinson da ni.Ini boleh batal ni!Takpe,sebagai seorang rocker sejati,aku kene berlagak cool.cool bebeh.cool.

Ha,lagi satukan.Aku ni jenis yang determine sket tau.Kalau aku nak sesuatu tu,pasti akan usaha selagi mampu untuk dapatkan.Dan,segala aktiviti2 harian aku akan asek teringat je kat bende yang aku hajatkan tu.Tak caye?


Khurafattt.Fattt.Fattt.


Oh ya!Esok final TNC Cup.Do the best guys!Team batch aku da kalah.Tapi takpe,oleh sebab aku ni menjaga mata,zuhud serta menundukkan pandangan,aku tak dapat bersama untuk tengok match esok.*ecece,padahal nak layan tido kan*.haha.Gud lak korang!

Saturday, January 22, 2011

Moga syurga buat kalian.

Buat sekalian tukang.

Tukang hulur duit bile sengkek.
Tukang jage time sakit.
Tukang teman time gua jatuh.
Tukang nasihat time gua lemau.
Tukang tibai gua time gua sengal sengal.
Tukang sumbat cili ke mulut gua time gua celupar.
Tukang tampar gua time gua malas gosok gigi.
Tukang sekeh gua time gua kuat tidor.
Tukang lap ludah orang time gua kene caci.
Tukang hadap segala tohmahan keji maki manusia kat gua.

Ini utk kalian.
Terima kasih atas segalanya.
Kerna kau lah teman paling sempurna.

Dedikasi khas buat sekalian tukang tukang di sisi selama ini.
Tukang tukang terdiri dari:

-Tadika Seri Delima.1995
-Sek Keb Sungai Sekamat.1996-2001
-Sek Rendah Agama Sungai Sekamat.1996-2001.
-SAAS.2002.
-Sek Men Keb Engku Husain.2002-2004.
-MRSM Muar.2005-2006.
-Uniten.2006-2011.





martabat wanita.

Rawat hatinya
Beri dia cinta
Jangan sekali-kali kau sakiti dia
Kerna hatinya mudah kecewa
Oleh cinta yang penuh berpura-pura

Duhai Arjuna
Sayangi dia
Kerna wanita dicipta untuk dicinta
Jangan cemarkan harga dirinya
Kerna dia juga masih punya cita

Dalam dirinya penuh airmata
Jagalah ia dengan sepenuh jiwa
Jangan pernah kau dustai dia
Wahai arjuna sedarilah
Kerna wanita berhak untuk bahagia
Bukan dicipta untuk selalu derita
Sayangi dia cintakan dia
Kerna wanita....Istimewa





Boleh refer kat link ni: http://www.youtube.com/watch?v=yls8BOpXgck

Duhai lelaki,
Ingat,tatkala sial mahupun palat yang ko palitkan pada wanita lain.
Kau juga punya adik perempuan,bonda,sepupu,kakak,dan segala apa berjantina sama.
Mahukah mereka terima tahi dan najis yang sama?
Tahi dan najis yang kau pernah palitkan pada perempuan dulu?
Mahu?Mahu?Mahu?

Friday, January 21, 2011

hajat.harap jadi kenyataan.

Salam.

Semalam krew Ilmiah menganjurkan solat hajat.Aku tak pasti atas sebab apa.Tapi,dari sumber2 yang boleh dipercayai sebab lately ni makin ramai yang kena 'kacau'.Biasalah,dah nama lagi duduk kat hulu-hutan-bandar cowboy-ceruk,memang tak dapat lari lah dari bende2 macam tu kan.

Dipendekkan cerita,bacaan ustaz yang imamkan kitorang tu sangat sedappp hokey.Memang kalah la sume vokal terbaik bagai dalam AJL aritu.Siyes sumpah sangat sedapppp hokeyy.Sedap yang macam ko rase sedapp la.Aisyh,tak reti la nak cakap macam maner tahap kesedapan die tu kan.

Usai solat,aku pun borak la dengan member.Risik risik pasal ustaz tu.Die rupenyer suami kepada salah seorang lecturer aku kat sini.Oh tidakkkk!!!haha.

Then,aku dapat bayangkan.Alangkah nikmatnya dapat bersuamikan insan yang boleh mengimamkan kite kan.Indah.Nikmat yang tak terucap dengan kata kata.Sungguh.

Dalam hidup ni,senang jer nak carik laki yang boleh bagi kau bunga,coklat,teddy bear,henfon,purse,ucapan sayang good morning nyte miss you love you wanna hug you xoxoxoxo mwah mwah bagai.Bersepah kat tepi jalan tu.Siyes,bersepah.Tapi,susah nak carik laki yang boleh bagi kau kepimpinan dan 'makanan dalaman' sebagai bekalan hari mendatang.Padahal,material awalan yang aku sebut tadi tu,bukan boleh di bawak ke mana sangat pun.

*Okay,aku sedikit pesimis tentang hal hal begini.Its fine though.*

P/S:Semua perempuan pasti mengimpikan insan yang boleh membimbing mereka dunia dan akhirat.Kan?

Friday, January 14, 2011

gelabah.

ok,ak memang seorang yang sangat cepat gelabah.itu pasti.sampai angah aku penah labelkan aku ni sebagai gelabah biawak.ntah dari mane die dapat idea terjal tu pun,aku xtau.

dan sekarang,aku sangat gelabah sebab x dapat lagi tempat prektikel.ntahla,rase down.down.dan down lagi.tapi tadi kol nut,die cakp 'rilek la.taiko2 memang biase dpt lambat2 ni'.ok,tu aku boleh terima.haha.

padahal skang baru bulan 1.aku nak prektikel bln 4 kot.xpela.sabar je la menanti.dan terus menanti.

ok,sekarang baru tau yg penantian itu satu penyiksaan.sangat,hokeyyyyy.

Wednesday, January 12, 2011

kosong.

Tuhan,jika ini ujian dari Mu,aku terima. Titipkanlah jua secebis kekuatan dan keberanian. Kerna aku lapar ketenangan dalam kesempitan. Dan aku dahaga ketahanan dalam kepayahan. Terima kasih Tuhan.

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile