topbella

Thursday, May 12, 2011

Tolong jangan buat lawak terjal macam tu boleh x ek?

Assalamualaikum.

Ok.Benda ni baru je jadi kat aku pagi tadi.
Bak kate pepatah,'segar dari ladang'.
Memang serius aku seriau nak mati weh.
Terketar ketar boleh tak?
Grrrr.

Ok.
Macam ni citer die.
Aku pergi keje pagi tadi jalan kaki.
Iye.Jalan kaki.
Dari rumah nak ke tempat keje dalam 45 minit la.
Tu kalau jalan kaki.
Kalau naik kete,dalam 5-10 minit.
Dah dalam sebulan aku start buat keje gile ni.
Cukup haul nanti,memang body aku akan jadi macam Jenifer Lopez la kan.
Takpun,macam Beyonce.Aku ok je.

Ok.Cukup mengarut.
Skang nak masuk maudhuk utama.Eceh.
Aku gerak dari rumah dengan berbaju sukan dan berselipar Crocs Rm10.
Sampai ofis,baru aku tukar kpd baju yg lebih hot hot heat.
Tudung pulak aku memang labuhkan,tiga segi tutup penuh.
Takde mane nak lilit2 bagai.
Nak beriadah,bukan nak g makan malam kan.
Simple.
Memang macam makcik2.
Memang utk tanak tarik perhatian sesiapa.
Memang aku sengaja berimej mcm tu.
Untuk elakkan segala bahaya yg mungkin akan terjadi.


Aku pun berjalan lah macam biasa.
Sambil kat telinga aku pasang MP3.
Layan Suria.fm ng Hot.fm memang masyuk bhai.


******

Ok semua.
Mood seram serta serius amat diperlukan untuk perenggan selepas ini.

******

Then,aku pun jalan la mcm biasa.
Sampai kat satu tempat,aku rase mcm lain macam la.
Macam diekori.
Then,ada 1 mamat naik kete Gen-2 wane oren lalu sebelah sambil turunkan cermin sisi.

Mamattakmalu:Adik,nak g mana?Meh la tumpang abg meh.
Aku:Eh.Tape.Tape.Rumah sy dekat je ni.Depan tu je.*alasan mcm haram*
Mamattakmalu:Takpe dik.Mehla abg tumpangkan.
Aku:Takpe bang.Takpe.*sambil buat muka serius*

Then,aku pun teruskan jalan mcm biasa.
Memang dalam hati da berdebar giler.
Macam macam benda aku fikir.
Dah lah kawasan tu sunyi.
Hanya Allah yang tahu betapa debar dan kecutnye aku tadi.
Then,x sampai beberapa langkah,mamat tu bentikan kete sebelah aku.Step 1 sampai 4 selepas ni amat menjengkelkan aku.Arghhhh.

Step 1:Turunkan cermin.
Step 2:Sengih macam kerang busuk.Senyum kambing.
Step 3:Hulurkan name card die.
Step 4:"Awak,sy cuma nak kenal je dgn awak.Ni name card sy.Jgn lupe kol sy tau."
Step 5:Aku senyum kelat.Mengangguk lemah.Lesu.

Nak tanak,aku pun amek jelah.Malas nak panjangkan cter.Takut nanti jadi ape2.So,better abeskan cepat drama Melayu ni.


*****
Ok.Benda ni buatkan aku takut.Seram sejuk boleh x?
Kpd brother2 luar sana,tolong lah.
Tolong cari cara lain utk usha awek.
Come on.
Zaman da maju bhai.
Banyak lagi cara kau boleh buat,kan?
Dan pliz...
Tolong jangan buat lawak terjal macam td lagi.
Kang I cubit laju laju baru tau.
Grrrrr.



Moral of the story:
Korang penah dengar x yg kalau perempuan cantik,pakai baju ape pun cantik jugak?

Membohsankan?Baiklah!

Bagi yang mengenali aku,aku memang seorang yang rajin bercerita.
Kalau bercerita tu,memang beriya sangat2 la utk menggambarkan apa yg aku rasa,alami,dan hadapi.
Aku senang untuk berkongsi rasa dan pengalaman atau apa2 saja dengan orang.
Itu aku.
Ye.Itulah aku.

Aku tak mintak untuk kau sanjung sembah tinggikan hormatmu untuk aku.
Atau letakkan aku di tempat prioriti teratas mu.
Tak.Itu bukan aku.
Kerna aku tahu masih ada insan lain yang lebih berhak untuk itu.
Dan siapalah aku untuk menafikan hak itu.

Tapi,bila kau mengatakan ianya membohsankan kau-itu aku SENTAP.
Sentap yang teramat.
Mana tak sentap bhai,
Bila aku jadikan kau sebagai tempat pertama untuk aku khabarkan segala apa yg aku alami,
Untuk aku ceritakan segala yg aku rasa dan hadap hari hari,
Untuk aku berkongsi semua rasa yg ada,
Dan reaksi kau macam tahi dan mintak kaki,
Memang buat aku jauuuh la.


Dan untuk itu,
Kau ajar aku untuk tidak berkongsi segalanya dengan kau.
Terima kasih untuk ajaran itu.
:)

Tuesday, May 3, 2011

Apa kau mahu begitu wahai celaka?

Kan aku pernah menyatakan sebelum ini,
Aku cukup muak dengan manusia manusia yg memandang fizikal semata.
Menjadikan itulah syarat utama untuk segalanya.
Menjadikan itulah paksi atas syarat lepas apa saja.
Menjadikan itulah taruhan atas kemenangan yg kau cipta.

Babi.
Butuh.
Bodoh.

Hey kamu kamu yg ku kira waras akalnya.
Tapi miskin malah fakir fikirnya,
Dengar sini wahai bangsat celaka semua,
Perempuan itu bukan untuk kau sondol taruhkan pandangan matamu,
Perempuan itu bukan untuk kau jadikan tajuk utama atas bicara dengan teman sekerja,
Untuk kau bayangkan serta canangkan tentang susuk tubuhnya,
Untuk kau bicarakan tentang luar dan dalamnya,
Untuk kau singkap lihat apa ada di dalamnya.


Sungguh.
Aku jijik.
Aku jelik.
Aku mahu ludah sama kamu kamu yg berdoktrin celaka begitu.
Aku mahu tahikan mulut mulut bangsat kalian.

Jangan sampai nanti,
Ada diantara saudara perempuanmu,
Adik,kakak,atau mungkin jua IBU mu sendiri,
Yang berbaju lengkap menutup tubuh,
Yang menjaga untuk diberikan hak itu pd yg selayaknya,
Tapi dibogel kosong oleh mata mata yg menjamu.
Diratah habis segala apa yang ada.
Apa kau mahu begitu wahai celaka?

Saturday, April 30, 2011

Sejengkal atas.Sejengkal bawah.

Assalamualaikum.

Pagi ni,ade seorang member tag ak video pertunangan Asyraff Muslim dan Diyana.Ok.Aku tau yg dorang da bertunang dalam minggu lepas.Tapi,selaku seorang wanita cun yg normal serta halus hati budi dan perasaan,aku agak frust dan sedikit kuciwa.Hey,ape gile tak kuciwa bhai.Sikit punye kacak mamat tu,plus die kan da mcm berubah jadi baik kan,sape la yg tak sangkut beb.Ye dak?


Ok.Jangan salah faham.Point aku sebenarnya bukan nak up kan die sebab die kacak.Tak.Jujur aku cakap,aku tak nilai laki dr faktor tu.Kalau ade,kire bonus.Kalau xde pun,so what?Tu sume sementara.Dah tua nanti,pudar-loyot-gelebeh jugak sume tu kan.Sama lah juga dgn perempuan pun.Aku dah bohsan dihadap lambakkan dengan jutaan contoh manusia manusia yg begini.Aku muak gile babi dengan manusia mcm ni.

Point aku sebenarnye nak cakap,perempuan yg baik akhirnya akan bertemu dgn lelaki yg baik jugak.Sume tu da janji Tuhan,kan?So,ape yg nak diragukan lagi.Redah je kehidupan sehari hari.Dari pagi,kau hadap serta hadam semua laku manusia sampai lah malam.Kalau suka,kau gelak.Kalau sedih,kau tangis.Kalau agak agak kau geram,kau maki.Kalau stok yg baik2 tu,amek wudhu'- solat sunat- zikir.Tu je lah pun permainan harian ni.

Ok.Minggu ni ramai pasangan yg berkahwin.Jiran sebelah aku pun kahwin arini.So,di kesempatan yg ade,aku ucapkan moga berkekalan hingga akhir hayat.Walaupun aku yakin tahap dewa yg jiran aku tu x kan baca blog aku yg sekadar ada ni,xpelah.Yang penting,aku doakan yang terbaik utk korang.




notakaki:Oh ya!Mak aku selalu pesan,nak jage suami ni,senang je.Jaga 1 jengkal atas pusat dengan 1 jengkal bawah pusat.Ok,yg part jaga bawah pusat tu aku x faham.@_@

Friday, April 29, 2011

Inspirasi.

Satu hari nanti.
Moga diberikan kekuatan.
Keinginan itu ada.



Cuma....
Kekuatan belum tiba.













































Friday, April 22, 2011

Dare to try.

Assalamualaikum.

Entri ini lebih bersifat peribadi.
Untuk aku berkongsi rasa tika ini.
Berkongsi impian juga dengan semua.
:)

Baiklah.
Sume yg mengenali aku,da tau kot yg ak ni tergolong dlm grup chubby chubby manje gitu,kan?
Berat badan semakin mencanak canak naik dengan jayanya tanpa segan silu langsung time jadi MPP dulu.
Stress die time tu memang tahap moksya la bhai.
Asal stress je,makan.Asal makan je,stress.
Ha.tu yg da jadi ala ala Dottie da sekarang ni.haha.


Then,sekarang ni bile da nak masuk ke alam pekerjaan ni,
Terasa berkobar kobar nak upgrade n renovate diri.haha.
So,ak decide nak turunkan sikit berat badan.
Idok la sampai nak kurus kering tinggal tulang.
Samapi anorexia nervosa bagai.
Memang tak la kan.
No no no.
Cukup sekadar sedap mata memandang.
Tak mintak banyak pun.
Sederhana.Cukup.

Ok.Jom amalkan cara hidup sihat.Aku pun baru nak start je pun.
Sekarang da stat sikit2:

-Jadikan ais sebagai musuh utama.
-Banyakkan aktiviti fizikal.
-Kurangkan makanan berminyak/berlemak.

Ok.Ni gambar time kegemilangan aku dulu.Ok,memang banyak gile beza la dgn sekarang kan.Haruslah aku menangis teresak esak melihat body sekarang.Grrrr.









Ok,target nak nampak vogue at least mcm ni la:




Da slim sket nt,boleh jugak try usha line model tudung Fareeda ke,Ariani ke kan.ok.Harapan kena setinggi awan bhai.wewit.Aku harap sangat yg kali ni akan berjaya.Kalau x,memang aku akan terus terusan bermuram durja mcm ni sepanjang masa:



Tak pun jadi weng meracau racau mcm ni:

Monday, April 18, 2011

Apa lagi aku mahu?

Aku terfikir.
Atas alasan apa lagi yang perlu aku wujud serta buta tulikan hati dan segala apa yang ada untuk tidak terus berjuang atas muka bumi ini?
Tidak ada.Tidak ada.Dan sekali lagi.
Tidak akan pernah untuk ada.


Dan aku percaya.
Rasa bangsat yang hadir itu,
Cuma untuk sementara.



*kosong*


*****

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile