topbella

Sunday, November 13, 2011

Tajuk : Cacar yang marba.

Alhamdulillah.

Itu yang aku rasakan detik dan saat ini.
Syukur atas segala nikmat yang telah,masih dan akan diberi.
Banyak sangat yang aku dah dapat selama ni aku rasa.
Segan.

September 2011.
Sudah tiga bulan menginjak ke fasa yang baru (bekerja) , makin banyak perkara baru yang ditempuh setiap hari.
Makin jua mendekatkan aku kepada Pencipta , moga moga.

Atas keterbatasan waktu yang ada,
Atau mungkin , aku yang kurang cermat mengurus masa,
Terlampau banyak perkara yang terjadi , tidak dapat dinukilkan di sini.
Lama sudah tidak aku menulis.
Menulis bagi aku satu terapi.
Selain dari bershopping sudah pastinya.
Perempuan,itulah lumrah semulajadi kami.
;)

Sebenarnya,tiada perkara khusus atau mungkin terlalu banyak benda yang nak diceritakan,
Tapi,keinginan untuk menulis dan berkongsi mencanak canak dalam diri,
Akhirnya aku buntu dan kosong untuk menggarapkan apa apa,
Sungguh tak de feel langsung.
Again,boo sama lu la bhai~



Ha,kan dah jadi entah apa apa penulisan aku kali ni.
Omaigod omaigod.

Wednesday, August 10, 2011

Simpan sikit.


Alhamdulillah.
Dah lebih sebulan aku bekerja.Syukur,Tuhan permudahkan perjalanan.
Sungguh,ketetapan Tuhan itu indah.
Tepat pada masa dan ketika Nya.
Berbaik sangkalah pada aturan Nya.


Aku ditugaskan di Utara tanah air.MANJUNG.
Tempat yang tak pernah aku terfikir pun selama ni.
Hidup baru.Suasana baru.Ujian baru.


Adakala,tidak mempunyai pilihan juga merupakan satu pilihan.
Akur.Diam.Hadap.



Macam macam orang aku jumpa.
Yang ambil kesempatan selagi boleh, ade.
Berkira wang ringgit , 'ketuk' selagi boleh.
Rapat cuma untuk kepentingan dan kesenangan diri kau,itu biasa.
Dekat untuk 'kaut' apa yang ada dekat kau,itu pun biasa.


Yang kaki lepak 24 jam-hisap rokok-goyang kaki-macam kompeni ni bapak die punye pun ade,
Yang kaki menular rehat sejam jadi 3 4 jam pun ade,
Yang curik curik beli air time Ramadhan lepas tu buat muka tak bersalah konon macho macam haram pun ade.


Manusia,simpan sikit.
Jangan tunjuk semua.
Ingat.
'Atas' itu ada.
Sentiasa ada.





Thursday, June 30, 2011

22 sx.

*****

Event:Kenduri kahwin aku.Eh silap.Surprise hari lahir aku.
Lokasi:Muadzam Da Vegas.
Pemudahcara:Member member kamceng.


FAEZAH ;)


Subjek elektif di UNITEN.


Syarat wajib untuk grad.


Kipas susah mati.




Kembar Hantu Mak Limah.


Kenangan Terindah.


Teman,terima kasih atas segalanya. Aku mati kata untuk luahkan rasa yang ada. Cukup,untuk kamu semua tahu betapa aku tempang tanpa kalian!


p/s:Ehem.Aku tak ganas tau.Serius,aku jenis lemah lembut je.Gambar2 ni semua adobe je sume ni.Pliz.Believe me bebeh.Eh silap.Tolong.Tolong percayakan saya.Err.@_@

Mati.

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak menulis.Banyak benda yang terjadi dalam hidup aku.
Keinginan membuak buak untuk menulis.Bercerita.Berkongsi.
Tapi,hati aku seakan mati.
Mati untuk merasa.
Mati untuk berasa.
Dan mati untuk terasa.


*writer's block*

P/s: Perit.Sakit.Bila banyak sangat yang dipendam.
Tak terucap.Tak terluah.
Baik.Kita tengok sampai bila.

Wednesday, June 15, 2011

Judgemental.

Aku masuk ke satu tandas awam di Stesyen Kereta Api Seberang,Pulau Pinang untuk menunaikan hasrat yang terpendam setelah sekian lama ditahan.
Perlu bayar 20 sen sabagai syarat lepas masuk.
Ada tiga tandas.Ketiga tiga nya penuh.
Aku beratur di luar tandas yang kedua.Di hadapanku,ada dalam dua tiga orang yang turut menunggu giliran.



Sedang menunggu,kakak yang berada di line sebelah kiri aku mengomel.
Lama sangat katanya.Pintu pulak tak ditutup rapat.
Pantas tangan beliau menolak pintu.
Ada kelibat di dalam.
Aneh.Kelibat itu langsung tidak bersuara apatah lagi menjerit.
Pintu lantas ditutup kembali.


Selang beberapa detik,suara wanita di dalam tandas pertama memanggil manggil anaknya.

"Adik..Oh dik.Adikkk,tunggu mak ye."

Sekali lagi.

"Adik..Oh dik.Adikkk,tunggu mak ye."

Dan lagi selama beberapa kali.

"Adik..Oh dik.Adikkk...."

Semua yang sedang menunggu di luar berubah muka.Tak terkecuali aku yang iman lebih nipis dari kulit bawang ni. Suara yang sedikit nyaring,berulang kali diputar tatkala kau sedang menahan syahdu di dalam perut.Memang kental ujian tu bhai.

*****

Tak lama kemudian,aku seorang yang tinggal menunggu giliran untuk masuk ke tandas.
Selang beberapa detik,ada 1 kelibat keluar dari dalam tandas yang pertama tadi.
Memegang tongkat di tangan kanan sambil tangan kiri meraba raba sekeliling.
Di tandas ketiga pula,anak yang dipanggil adik tadi keluar memimpin tangan ibunya.
Mereka berlalu pergi.

*****

Kau,terima kasih.

Aku letak koma,tapi kau letak noktah.
Sakit.Perit.
Graviti itu evil.
Sejauh mana aku cuba terbang tinggi menggapai segala apa yang ada di langit,
Akhirnya aku jatuh juga.

Harus bermula dari A semula.
Dari hentian yang keberapa,aku tak pasti.
Yang pasti,ianya agoni tahap tertinggi.
Setelah hidup cukup banyak diberi yang manis manis saja,
Kini tiba detik bertukar rasa yang lain.


Kalau ikutkan hati,
Mahu sahaja aku pinta kebolehan mengetahui setiap pengakhiran atas sebuah permulaan.
Kan senang.
Mana jalan yang aku nampak kelam,kan ku pangkah dari awal.
Mana jalan aku nampak cerah,aku lalu dengan hati berbunga riang umpama akulah pemilik segalanya.


Menjengkelkan.
Walaupun sedikit,memori itu ada terbentuk dalam acuannya sendiri.
Tetap ada.
Picisan sungguh aku rasa detik ini.
Perlu lap segala ludah,najis dan tahi selepas ini,bukan satu yang easy.


Akhir atas segalanya,
Ku pohon kekuatan dan ketahanan.




.....

Friday, June 3, 2011

Merenyam.

Kalau ade org cari pasal aku kat Google,harap ini result dia:









Hello beb.Sape la yang tanak jadi rebutan 2 lelaki sikit punye baekkk mcm ni?Ha.Cube cerita sekarang?

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile