topbella

Wednesday, June 15, 2011

Judgemental.

Aku masuk ke satu tandas awam di Stesyen Kereta Api Seberang,Pulau Pinang untuk menunaikan hasrat yang terpendam setelah sekian lama ditahan.
Perlu bayar 20 sen sabagai syarat lepas masuk.
Ada tiga tandas.Ketiga tiga nya penuh.
Aku beratur di luar tandas yang kedua.Di hadapanku,ada dalam dua tiga orang yang turut menunggu giliran.



Sedang menunggu,kakak yang berada di line sebelah kiri aku mengomel.
Lama sangat katanya.Pintu pulak tak ditutup rapat.
Pantas tangan beliau menolak pintu.
Ada kelibat di dalam.
Aneh.Kelibat itu langsung tidak bersuara apatah lagi menjerit.
Pintu lantas ditutup kembali.


Selang beberapa detik,suara wanita di dalam tandas pertama memanggil manggil anaknya.

"Adik..Oh dik.Adikkk,tunggu mak ye."

Sekali lagi.

"Adik..Oh dik.Adikkk,tunggu mak ye."

Dan lagi selama beberapa kali.

"Adik..Oh dik.Adikkk...."

Semua yang sedang menunggu di luar berubah muka.Tak terkecuali aku yang iman lebih nipis dari kulit bawang ni. Suara yang sedikit nyaring,berulang kali diputar tatkala kau sedang menahan syahdu di dalam perut.Memang kental ujian tu bhai.

*****

Tak lama kemudian,aku seorang yang tinggal menunggu giliran untuk masuk ke tandas.
Selang beberapa detik,ada 1 kelibat keluar dari dalam tandas yang pertama tadi.
Memegang tongkat di tangan kanan sambil tangan kiri meraba raba sekeliling.
Di tandas ketiga pula,anak yang dipanggil adik tadi keluar memimpin tangan ibunya.
Mereka berlalu pergi.

*****

4 comments:

@_@! said...

pergh3..seram tu wei..
jgn dia sambung kt toilet umah ko mlm ni dah la
hahah..

ruriko shin said...

ingat td hantu ke ape...hahaha..
thrill tul cite ko pejah

Lisa said...

best2..
hehehehe

cak said...

hahaha... salu gk g stesen ketapi tu...suspen gk tang xde respon bile pintu bilik kne kuak dek org... hahaha..

Post a Comment

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile