topbella

Friday, April 29, 2011

Inspirasi.

Satu hari nanti.
Moga diberikan kekuatan.
Keinginan itu ada.



Cuma....
Kekuatan belum tiba.













































Friday, April 22, 2011

Dare to try.

Assalamualaikum.

Entri ini lebih bersifat peribadi.
Untuk aku berkongsi rasa tika ini.
Berkongsi impian juga dengan semua.
:)

Baiklah.
Sume yg mengenali aku,da tau kot yg ak ni tergolong dlm grup chubby chubby manje gitu,kan?
Berat badan semakin mencanak canak naik dengan jayanya tanpa segan silu langsung time jadi MPP dulu.
Stress die time tu memang tahap moksya la bhai.
Asal stress je,makan.Asal makan je,stress.
Ha.tu yg da jadi ala ala Dottie da sekarang ni.haha.


Then,sekarang ni bile da nak masuk ke alam pekerjaan ni,
Terasa berkobar kobar nak upgrade n renovate diri.haha.
So,ak decide nak turunkan sikit berat badan.
Idok la sampai nak kurus kering tinggal tulang.
Samapi anorexia nervosa bagai.
Memang tak la kan.
No no no.
Cukup sekadar sedap mata memandang.
Tak mintak banyak pun.
Sederhana.Cukup.

Ok.Jom amalkan cara hidup sihat.Aku pun baru nak start je pun.
Sekarang da stat sikit2:

-Jadikan ais sebagai musuh utama.
-Banyakkan aktiviti fizikal.
-Kurangkan makanan berminyak/berlemak.

Ok.Ni gambar time kegemilangan aku dulu.Ok,memang banyak gile beza la dgn sekarang kan.Haruslah aku menangis teresak esak melihat body sekarang.Grrrr.









Ok,target nak nampak vogue at least mcm ni la:




Da slim sket nt,boleh jugak try usha line model tudung Fareeda ke,Ariani ke kan.ok.Harapan kena setinggi awan bhai.wewit.Aku harap sangat yg kali ni akan berjaya.Kalau x,memang aku akan terus terusan bermuram durja mcm ni sepanjang masa:



Tak pun jadi weng meracau racau mcm ni:

Monday, April 18, 2011

Apa lagi aku mahu?

Aku terfikir.
Atas alasan apa lagi yang perlu aku wujud serta buta tulikan hati dan segala apa yang ada untuk tidak terus berjuang atas muka bumi ini?
Tidak ada.Tidak ada.Dan sekali lagi.
Tidak akan pernah untuk ada.


Dan aku percaya.
Rasa bangsat yang hadir itu,
Cuma untuk sementara.



*kosong*


*****

Thursday, April 14, 2011

Indah.

Assalamualaikum.

Aku mencuba dan terus mencuba.
Agar terusan mensyukuri setiap apa yang hadir dan terjadi dalam hidup ini.
Kerna semua ini pasti ada hikmahnya.


Senyumlah!
Dan terus tersenyum.
Hidup ini indah.

*mencuba dan terus mencuba*
:)

Tuesday, April 5, 2011

Ketidakpastian.

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."
-Surah Al-Baqarah-

Nota hati:

Kadang kadang aku pun tak pasti ape yang sedang dan bakal dilalui ni adalah yg terbaik atau tidak.
Cuma,aku bertindak mengikut rasa dan gerak hati yg ada.
Mungkin betul,mungkin salah.
Mungkin menang,atau mungkin jua kalah.
Mungking dijulang bak raja,mungkin jua tersungkur jatuh bak hamba sahaya.
Kerna inilah kehidupan,
Penuh dengan ketidakpastian.

*Berdoa.dan terus berdoa.*
Jangan putus.

Aku dan cuti.

Pergh...
Memang layan la spend time kat mah.
Pagi2 mak da layan Tanyalah Ustaz,so kalau niat di hati nak sambung tido tu,rase mcm x berapa ngam la kan.
Pastu,sambung dengan adik dan Al-Qura'n sebab nak terapkan unsur2 kerohanian dlm diri anak2 buah aku.
So,agak agak kalau nak layan HOTfm AM Krew tu memang rase mcm menangis keinsafan la sbb kontra gile.
Then,pasang pulak Astro Oasis.
Petang nanti sket,mak ngaji dengan konco konco beliau kat mah.
Gua rase lepas ni gua akan ubah kata ganti nama dr gua-lu gua-lu kpd ana-anti ana-anti.
Gua try.

Thursday, March 24, 2011

Ayah.

BIAR-Fynn Jamal

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti





*****

Terima kasih ayah.
Kau jadikan aku aku.
Atas marahmu,atas ajaranmu,atas kasih dan sayangmu.
Walau untuk sedetik cuma.

Kerna Tuhan lebih kasih.
Kerna Tuhan lebih tahu segalanya.
Dan kerna itu,
Aku gagah hadap tahan tempuh kehidupan yang celaka ini.
Hingga kini.

Cukup.
Aku yakin pasti dan percaya.
Kita akan berjumpa di 'sana' nanti.
Itu janji yang pasti.

*****

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile