topbella

Wednesday, June 15, 2011

Kau,terima kasih.

Aku letak koma,tapi kau letak noktah.
Sakit.Perit.
Graviti itu evil.
Sejauh mana aku cuba terbang tinggi menggapai segala apa yang ada di langit,
Akhirnya aku jatuh juga.

Harus bermula dari A semula.
Dari hentian yang keberapa,aku tak pasti.
Yang pasti,ianya agoni tahap tertinggi.
Setelah hidup cukup banyak diberi yang manis manis saja,
Kini tiba detik bertukar rasa yang lain.


Kalau ikutkan hati,
Mahu sahaja aku pinta kebolehan mengetahui setiap pengakhiran atas sebuah permulaan.
Kan senang.
Mana jalan yang aku nampak kelam,kan ku pangkah dari awal.
Mana jalan aku nampak cerah,aku lalu dengan hati berbunga riang umpama akulah pemilik segalanya.


Menjengkelkan.
Walaupun sedikit,memori itu ada terbentuk dalam acuannya sendiri.
Tetap ada.
Picisan sungguh aku rasa detik ini.
Perlu lap segala ludah,najis dan tahi selepas ini,bukan satu yang easy.


Akhir atas segalanya,
Ku pohon kekuatan dan ketahanan.




.....

1 comments:

Fuza Marquis said...

eh eh macam kenal je "aku letak koma, tapi kau letak noktah" (:

Post a Comment

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile