topbella

Wednesday, November 17, 2010

Peminjam tegar.

Hey sekalian alam,
Aku adalah seorang peminjam tegar.
Peminjam yg fakir,busuk lagi jijik.
Aku orang kecil yang tiada apa apa.
Miskin harta,rupa,upaya dan segalanya.

Aku dipinjamkan nyawa.
Aku dipinjamkan kasih dan sayang.
Aku dipinjamkan hela nafas dan kudrat.
Aku dipinjamkan kebijaksanaan dan akal.
Aku dipinjamkan upaya seadanya.

Aku dipinjamkan keluarga.
Untuk aku sandarkan bahu,tumpangkan perit,kisahkan jerih.

Aku dipinjamkan sekeliling.
Untuk aku mengenal siapa tahi siapa wali.

Aku dipinjamkan cinta dan rasa.
Untuk aku binakan kekuatan di atas kelemahan.

Aku dipinjamkan bahagia.
Untuk aku bersiap siaga sebelum derita.

Aku dipinjamkan kehidupan.
Sebagai persiapan kepada kematian.

Tuhan,
Rasa tak layak untuk terus meminjam.
Tatkala solatku lebur tanpa kesal.
Tatkala auratku bebas diratah mata pelahap di luar sana.
Tatkala bibir biadap berbicara tanpa rasa.

Namun,
Hanya satu pintaku,
Moga dipanjangkan tempoh pinjaman ini Tuhan.

Kerna aku ini.
Hanyalah seorang pengemis.
Yang akan terus mengemis tanpa henti.

2 comments:

travelogusahawanmuslim said...

Salam.. best la puisi ni.. cptaan sndri ke? pnah hantar karya awk ke mna2 x?

faezah hamid said...

salam.
yup,ciptaan sendiri.
tp idea dr Illahi.
:)

Post a Comment

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile