topbella

Wednesday, August 10, 2011

Simpan sikit.


Alhamdulillah.
Dah lebih sebulan aku bekerja.Syukur,Tuhan permudahkan perjalanan.
Sungguh,ketetapan Tuhan itu indah.
Tepat pada masa dan ketika Nya.
Berbaik sangkalah pada aturan Nya.


Aku ditugaskan di Utara tanah air.MANJUNG.
Tempat yang tak pernah aku terfikir pun selama ni.
Hidup baru.Suasana baru.Ujian baru.


Adakala,tidak mempunyai pilihan juga merupakan satu pilihan.
Akur.Diam.Hadap.



Macam macam orang aku jumpa.
Yang ambil kesempatan selagi boleh, ade.
Berkira wang ringgit , 'ketuk' selagi boleh.
Rapat cuma untuk kepentingan dan kesenangan diri kau,itu biasa.
Dekat untuk 'kaut' apa yang ada dekat kau,itu pun biasa.


Yang kaki lepak 24 jam-hisap rokok-goyang kaki-macam kompeni ni bapak die punye pun ade,
Yang kaki menular rehat sejam jadi 3 4 jam pun ade,
Yang curik curik beli air time Ramadhan lepas tu buat muka tak bersalah konon macho macam haram pun ade.


Manusia,simpan sikit.
Jangan tunjuk semua.
Ingat.
'Atas' itu ada.
Sentiasa ada.





Thursday, June 30, 2011

22 sx.

*****

Event:Kenduri kahwin aku.Eh silap.Surprise hari lahir aku.
Lokasi:Muadzam Da Vegas.
Pemudahcara:Member member kamceng.


FAEZAH ;)


Subjek elektif di UNITEN.


Syarat wajib untuk grad.


Kipas susah mati.




Kembar Hantu Mak Limah.


Kenangan Terindah.


Teman,terima kasih atas segalanya. Aku mati kata untuk luahkan rasa yang ada. Cukup,untuk kamu semua tahu betapa aku tempang tanpa kalian!


p/s:Ehem.Aku tak ganas tau.Serius,aku jenis lemah lembut je.Gambar2 ni semua adobe je sume ni.Pliz.Believe me bebeh.Eh silap.Tolong.Tolong percayakan saya.Err.@_@

Mati.

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak menulis.Banyak benda yang terjadi dalam hidup aku.
Keinginan membuak buak untuk menulis.Bercerita.Berkongsi.
Tapi,hati aku seakan mati.
Mati untuk merasa.
Mati untuk berasa.
Dan mati untuk terasa.


*writer's block*

P/s: Perit.Sakit.Bila banyak sangat yang dipendam.
Tak terucap.Tak terluah.
Baik.Kita tengok sampai bila.

Wednesday, June 15, 2011

Judgemental.

Aku masuk ke satu tandas awam di Stesyen Kereta Api Seberang,Pulau Pinang untuk menunaikan hasrat yang terpendam setelah sekian lama ditahan.
Perlu bayar 20 sen sabagai syarat lepas masuk.
Ada tiga tandas.Ketiga tiga nya penuh.
Aku beratur di luar tandas yang kedua.Di hadapanku,ada dalam dua tiga orang yang turut menunggu giliran.



Sedang menunggu,kakak yang berada di line sebelah kiri aku mengomel.
Lama sangat katanya.Pintu pulak tak ditutup rapat.
Pantas tangan beliau menolak pintu.
Ada kelibat di dalam.
Aneh.Kelibat itu langsung tidak bersuara apatah lagi menjerit.
Pintu lantas ditutup kembali.


Selang beberapa detik,suara wanita di dalam tandas pertama memanggil manggil anaknya.

"Adik..Oh dik.Adikkk,tunggu mak ye."

Sekali lagi.

"Adik..Oh dik.Adikkk,tunggu mak ye."

Dan lagi selama beberapa kali.

"Adik..Oh dik.Adikkk...."

Semua yang sedang menunggu di luar berubah muka.Tak terkecuali aku yang iman lebih nipis dari kulit bawang ni. Suara yang sedikit nyaring,berulang kali diputar tatkala kau sedang menahan syahdu di dalam perut.Memang kental ujian tu bhai.

*****

Tak lama kemudian,aku seorang yang tinggal menunggu giliran untuk masuk ke tandas.
Selang beberapa detik,ada 1 kelibat keluar dari dalam tandas yang pertama tadi.
Memegang tongkat di tangan kanan sambil tangan kiri meraba raba sekeliling.
Di tandas ketiga pula,anak yang dipanggil adik tadi keluar memimpin tangan ibunya.
Mereka berlalu pergi.

*****

Kau,terima kasih.

Aku letak koma,tapi kau letak noktah.
Sakit.Perit.
Graviti itu evil.
Sejauh mana aku cuba terbang tinggi menggapai segala apa yang ada di langit,
Akhirnya aku jatuh juga.

Harus bermula dari A semula.
Dari hentian yang keberapa,aku tak pasti.
Yang pasti,ianya agoni tahap tertinggi.
Setelah hidup cukup banyak diberi yang manis manis saja,
Kini tiba detik bertukar rasa yang lain.


Kalau ikutkan hati,
Mahu sahaja aku pinta kebolehan mengetahui setiap pengakhiran atas sebuah permulaan.
Kan senang.
Mana jalan yang aku nampak kelam,kan ku pangkah dari awal.
Mana jalan aku nampak cerah,aku lalu dengan hati berbunga riang umpama akulah pemilik segalanya.


Menjengkelkan.
Walaupun sedikit,memori itu ada terbentuk dalam acuannya sendiri.
Tetap ada.
Picisan sungguh aku rasa detik ini.
Perlu lap segala ludah,najis dan tahi selepas ini,bukan satu yang easy.


Akhir atas segalanya,
Ku pohon kekuatan dan ketahanan.




.....

Friday, June 3, 2011

Merenyam.

Kalau ade org cari pasal aku kat Google,harap ini result dia:









Hello beb.Sape la yang tanak jadi rebutan 2 lelaki sikit punye baekkk mcm ni?Ha.Cube cerita sekarang?

Tuesday, May 31, 2011

Agak agak Fasha Sandha dengan aku,sape lagi cantik?

3 Sebab Kenapa Relationship Kau Takkan Boleh Jalan.



*****


1) Kau terlalu insecure. Semua kau nak takut. Kejap kejap "Hish kang kalau dia carik orang lain macam mana?". Kau tak habis habis fikir yang semua orang nak rampas partner kau, padahal, takda ah semua pun. Semua benda yang dia buat, dia kena inform dekat kau. Nak berak, kena cakap. Nak gosok gigi, kena cakap. Nak ambil parcel Poslaju dekat posmen, kena cakap. Semua ah nak kena cakap. Partner kau takda can nak ada dia punya "Me Time" langsung. 24 jam dengan kau kau kau kau kau kau ahhh bosannya weh. Come on ah. Buat rileks sudah. Tak payah nak kecah sangat nak takut ape semua. Kalau dia nak curang, biarkan dia curang sekarang.


2) Kau tak amalkan konsep 'give & take' wisely. Means either kau selalu sangat "berkorban" untuk partner kau, atau kau selalu sangat suruh partner kau "berkorban" untuk kau. Jangan weh, jangan macam ni. Kalau kau jenis yang terlalu "Aku sanggup buat apa saja untuk kau", then stop doing that! Kalau kau keep on giving things dekat partner kau, nanti lama-lama dia akan takes everything for granted. Sama lah macam kau dengan Tuhan. Kalau Tuhan asyik bagik benda best kat kau je, lama-lama kau mesti lupa dirik kan? Lagikpun, kau kan baru bercinta, belum kahwin apa semua, so kenapa nak "berkorban" segala benda untuk partner kau. Yang lagik tak boleh blah, kalau partner kau tu tak pernah langsung "berkorban" untuk kau. Selama ni, kau je yang dok syok sendirik buat itu ini untuk dia. So yeah, stop being a stupid arse! Dan untuk yang jenis nak mintakkkk je, kau pun agak-agak lah. Takkan asyik dia je kena belanja kau makan? Takkan dia je yang kena datang jumpa kau time cuti? Takkan dia je yang kena call kau? Be reasonable lah weh. Kau nak dapat treat best best from someone, kau pun sometimes kena ah buat benda best dekat that other one jugak.


3) Kau terlalu expose kan love relationship kau. Okay zaman sekarang ni banyak kot benda alah facebook lah, blog lah, twitter lah, & blablabla. Dan based on apa yang aku nampak, ada orang ni asal gaduh dengan partner, mesti nak tulis kat blog apa semua. Partner tak call sehari dah mengamuk tulis status emo dekat FB. Semua benda kau nak tulis. Anyway, kau kena tau yang certain things are better left unsaid. Kau tak boleh nak expose bagai pasal itu ini dekat public. Nanti partner kau akan fikir yang kau ni memang jenis suka "mewayangkan" cerita pasal relationship kau orang. Benda benda private macam ni, tak payah lah weh nak gigih sangat pergi announce dekat orang. Biar kau dengan dia je yang tau, kan best sikit?

Credit to: Sula Itu Blog.

*****


Amacam?Sentap tak?Haruslah sentap bhai.Tapi rileks la.Kau takkan belajar selagi kau tak buat salah,kan?

Aku pun pernah macam tu.Serius bhai,rasa unsecure,rase loser nak mati,rase tak best,rase-macam-nak-sepak-semua-orang-laju-laju-bila-kau-gaduh-dengan-partner,segala rasa lah senang citer.

Tapi,akan sampai satu tahap,kau akan sedar inilah hakikat hidup.Tak style lah beb kalau tak ade masalah,ye dak?Hidup ni kalau nak sume yang best2 je,lebih baik pergi Kajang.

Ok.Senang citer,macam ni lah.Kau betulkan niat dulu.Kenal dulu diri kau macam mana.Kau nak carik untuk main main buat stok dan berlagak depan member member cakap koleksi awekssss mahupun balakssss kau lah yang paling banyak atau kau memang nak carik untuk serius dan komitmen berumahtangga.Semua benda ni hanya kau sorang je yang boleh jawab.Tepuk dada,tanya jiwa.Err.

Dan,there you go.Kalau kau memang jenis yang suke simpan stok banyak banyak dan rase macam haram je kalau cuma ade sorang gegirl atau geguy , satu je nasihat aku.Kau teruskanlah dengan perangai mintak kaki dan backhand kau tu.Teruskan je sampai bila bila.Sebab satu hari nanti,kalau tak kena kat adik beradik kau,at least kena dekat mak ayah kau pun style jugak.Kan?

Dan kalau kau mencari untuk dijadikan suami atau isteri,maka jagalah elok elok.Hargai orang yang hargai kau.Dan kau perlu sedar dan bersedia atas sebarang kemungkinan.Mungkin hari ni Tuhan bagi rasa sayang dan good good je kat kau,tapi esok lusa spark tu dah hilang.Bila kau jumpe je die,kalau tak nak bagi kaki,bagi backhand pun ok lah.Serius bhai.Hidup ni penuh dengan ketidakpastian.Hari ni kata sayang,esok lusa kau melayang.Sape tau kan?Bebile je boleh jadi.

Sebab apa tau?Sebab kita bukan Tuhan.Kita takkan tahu sapa jodoh kita.Sape yang betul betul nak kat kita dan sape yang cuma anggap kita sebagai satu persinggahan bak angin sepoi sepoi bahasa menyapa nyapa kedinginan di Teluk Kemang.Ecehhh.Tersentimental plak kat situ.

Tahu,percaya dan yakin adalah tiga perkara yang berbeza.Kau tahu dan kau percaya dia sayang kau.Tapi kau tak berapa nak yakin.Setiap kali dia nak keluar dengan kawan kawan,mesti kalau boleh kau pun nak jugak menyelit sekali.Oh come on.Semua orang perlukan 'ME TIME' dorang sendiri.Kau ada masa kau dengan kawan2 kau.Dia pun perlukan ruang untuk buat benda yang sama.

Ok.Mesti korang rasa macam aku ni good good je kan bila cakap macam ni?Oh come on.Aku pun manusia biasa jugak.Pernah jadi bebal.Pernah jadi keldai.Pernah rasa loser.Dan still loser sampai sekarang.Tapi kan,tapi kan,loser pun ada hak untuk bersuara jugak,kan?


P/s:Ok.Tajuk entri dengan isi memang takde kaitan.Saje.Rase macam style gile.Yes!!!

wa punye hal

My Photo
faezah hamid
kaki pukul.muka pecah rumah.geng ahlong.pengganas.bonzer terhebat.tp,kene berteman pg tandas.yeah!
View my complete profile